Penyanyi Syura Badron menjelaskan salah faham orang ramai terhadap pembayaran RM200,000 seperti yang dituntut penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana susulan didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Syura berkata, wang tunai RM200,000 yang diminta Siti Nordiana atau mesra disapa Nana itu, bukan bayaran saman yang perlu dilunaskannya.
"Nampaknya masih ramai yang tak faham. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman sebab kami tak mohon maaf.
"Selain dari minta maaf, pembayaran RM200,000 itu salah satu tuntutan yang perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.
"Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200,000 barulah tindakan saman akan diteruskan. Harap faham ye semua," katanya.
Syura menjelaskan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Instagram (IG) Storty miliknya semalam.
Terdahulu, Nana meminta lima individu termasuk penyanyi Lan Solo, Syura, isteri kepada Lan iaitu Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam, Sam Samin serta jurusolek Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar RM200,000 setiap seorang dalam tempoh 24 jam.
Notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Nana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Kenyataan yang dilemparkan itu juga dikatakan memberi kesan negatif kepada orang ramai dan penaja produk Nana hingga menjejaskan reputasinya.
Mereka didakwa menyiar, mengeluar dan menerbitkan kenyataan-kenyataan secara umum yang berunsur fitnah dan tidak benar terhadap Siti Nordiana.
Dalam pada itu, Nana dalam satu kenyataan memaklumkan dia terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.
Nana berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.
Bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Siti Nordiana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.
Syafiqah Jalal
Sun Aug 01 2021
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.