Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

RM200,000 Gagal Dilunas? Harta Sajat Disita Bagi Membayar Pampasan Kepada...

Asraf Aided
30/11/2021 08:12 MYT
Sebahagian harta milik usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzaman disita bertujuan untuk membayar pampasan kepada syarikat OWA Resources Sdn Bhd sebanyak RM200,000 yang gagal dilunas.

Memetik laporan Utusan Online, perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan dua individu dari pihak OWA Resources, Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32.

Tindakan penyitaan dan penjualan dijalankan di kediaman Muhammad Sajjad di Kota Damansara, Selangor pada jam 10.30 pagi hari ini.

Keputusan demikan dibuat selepas mahkamah mendapati usahawan kontroversi itu tidak memberi respon untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan Muhammad Sajjad membayar ganti rugi terhadap OWA Resources.

Menurut kenyataan peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mwakili Nurwati dan Syakir, anak-anak guam mereka menumpukan perhatian untuk mendapatkan pampasan seperti yang diarahkan mahkamah.

"Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini,”

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi

#Nur Sajat #Lelong #Harta #Muhammad Sajjad #Asset #Disita