Isu tentang hantaran perkahwinan merupakan isu yang sering kita dengar. Ada yang selesa bercerita tentang jumlah yang diberikan kepada pengantin perempuan, dan ada juga yang memilih untuk merahsiakan tentangnya.

Lain pula dengan kisah pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, difahamkan wang hantaran yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah sebanyak RM400,000.


Selain itu, menyorot komen-komen netizen, turut dikongsikan kos perbelanjaan perkahwinan yang didakwa mencecah ratusan ribu ringgit, setara dengan dekorasi serta hiasan pada majlis pasangan berkenaan yang dikatakan berlangsung di Sandakan, Sabah.

“Kami orang Sandakan pun terkejut bila wujud juga orang sandakan duit hantaran RM400,000. Kalah dalam drama. Semoga kekal hingga syurga.”

“Biarlah, duit dorang juga kan, bukan pun minta kat kita. Kita doakan yang baik-baik saja, semoga kita semua dirahmati Allah.”

“Alhamdulilah rezeki orang. Tak apalah hantaran RM400,000. Moga bahagia hingga ke anak cucu.”

Dalam pada itu, ada juga yang bercerita tentang pengalaman masing-masing ketika mendirikan rumah tangga suatu ketika dahulu.

“Aku kahwin RM350 je mas kahwin Selangor. Bapa mentua jadi jurunikah. Alhamdulillah hari-hari makan sedao-sedap bini masak… bahagia.”

“Wahh syukur la rezeki masing-masing dapat sanding grand. Hakak ni kawin dulu kat JAIS je hantaran pun RM5,000 saja alhamdulilah 17 tahun masih bertahan.”

Kredit foto: Ahmad Jimmy

@penglipur69 MAJLIS PERKAHWINAN SUKU SULUK SABAH #VIRAL ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian - MASTER RMX