Hiburan
RM4,000 Lesap Dari Akaun Beto Kusyairy... "Time PKP Pula Kena Fraud, Penjenayah Buat 4 Kali Transaksi"
Pelakon Beto Kusyairy berdepan kerugian hampir RM4,000 selepas menjadi mangsa kecurian wang dalam talian (fraud) pada Rabu.
Jelas Beto, dalang kepada jenayah itu telah berjaya melakukan empat transaksi yang melibatkan sejumlah wang dari akaun banknya sebelum disekat.
"My credit card has been compromised.
"Time-time PKP ni lah pula kena fraud. The culprit managed to make 4 transactions online with the amount of SGD300++ each at FairPrice Singapore sebelum kena block.
"Dekat RM4,000 juga tu. Ishh..dugaan Ramadan," kongsinya di Twitter.
Beto mendapat tahu transaksi tersebut melalui notifikasi kiriman teks ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya.
Susulan kejadian itu, kata Beto pihak bank akan melakukan siasatan dan bakal melibatkan tempoh lebih sebulan.
"They need 30-45 days to investigate whether the transactions wasn't really made by me or else I got to pay for it," tambahnya.
Lebih mengecewakan kata Beto, kad kreditnya itu jarang digunakan untuk transaksi melibatkan pembelian dalam talian.
"Kad aku ni memang jarang sangat digunakan. Last was last year kot.
"Jadi hati-hati dengan penggunaan kad kredit kalian. Lagi-lagi melalui transaksi online ya. Mudah-mudahan terhindar dari jenayah siber ini," nasihat Beto.
Perkongsian Beto membuka mata banyak pihak hingga ada yang berkongsi pengalaman diperdaya sindiket penipuan dalam talian sebelum ini.
Must-Watch Video