Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Road To 10K, Naim Daniel Tempelak Sindiran Sarkastik Netizen Kes COVID-19! - "Dalam Nombor Itu Ada Mak Bapa Orang Lain"

Amri Hassan
30/05/2021 05:50 MYT
"Jijik sungguh!" demikian ciapan penyanyi Naim Daniel berhubung isu Road to 10K yang menjadi sohor kini di Twitter sejak Sabtu.

Angka yang menjadi sindiran sarkastik warganet dipercayai merujuk kepada bilangan angka jumlah jangkitan COVID-19 harian di Malaysia itu tegas Naim tidak sepatutnya diraikan.



"Tengah trending satu topik Road to 10K. Seperti kita semua tahu sekarang kes dah naik menjadi 9,020 kes dan orang menjadi sarkastik dengan Road to 10K.

"Aku faham dan aku pun ada memberikan sindiran pedas kepada sesetengah pihak. Tapi kali ini tidak.

"Kalau orang tanya orang nak sindir je pun, nombor yang anda sebut itu mungkin ada mak bapa atau adik-beradik orang lain, ada juga kawan-kawan.

"Kalau tak boleh jadi sensitif, jadi manusia. Tak perlu nak banggakan atau raikan pun walaupun kita nak sekadar nak sarkastik! Kata-kata itu satu doa, semua dah cukup matang dan dewasa untuk tahu perkara itu.

"Dalam angka itu ada orang yang tak senasib dengan kita yang nyawa telah direntap. Ini tak bagus. Selagi tak kena kita tak faham," katanya menerusi sepotong video di Instagram.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)


Dalam pada itu, Naim turut menempelak tindakan segelintir pengguna media sosial yang menyifatkan dirinya tidak boleh menerima 'dark humour jokes'.

"Saya tahu bila nak being sarkastik dan bila masanya tidak. Faham je dark jokes nak meraikan tu but contribute apa apa tak?

"If you can be considerate, then be human pun cukup. Sebelum ni im cool with it, just like you now. Dark jokes kita, mungkin mimpi ngeri orang lain," jelasnya.

#Viral #Netizen #Twitter #Naim Daniel #COVID-19 #Dark Jokes #Road To 10K
;