Penyanyi Azzam Sham bersyukur kerana dapat menyambut hari lahirnya yang ke-24 semalam.

Azzam yang juga juara Big Stage 2020 itu gembira kerana dia dikurniakan keluarga serta pasangan, Sheryl Shazwanie yang baik serta setia dengannya.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT dipanjangkan umur dapat menjangkau umur 24 tahun.

“Alhamdulillah Azzam di beri rezeki yang Azzam sendiri tak sangka azzam ada keluarga dan saudara mara yang supportive dan sayangkan saya, kenal pasangan yang baik, setia serta memahami dan peminat yang kuat dan sayangkan saya!

“Terima kasih semua yang pernah bersama Azzam sepanjang azzam hidup 24 tahun ni !! Azzam hargai sangat-sangat !! Happy birthday to me,” katanya.

Azzam memberi ucapan tersebut di akaun Insatgram miliknya.

Sementara itu kekasihya Sheryl menerusi akaun peribadi miliknya turut memuat naik video dan ucapan khas buat Azzam.

Happy birthday my love,” tulisnya ringkas.

Menerusi video yang dikongsikan Sheryl memuat naik kenangan indah mereka bersama.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai termasuk empunya badan iaitu Azzam yang terharu dengan kemas kini tersebut.

I love you so much manja sayang. Terima kasih untuk 6 tahun yang Bahagia. More to go!

Road to halal…I’m crying,” katanya.

Komen tersebut turut mendapat perhatian peminat mereka yang mendoakan kebahagiaan serta mereka segera diijabkabulkan.

Terdahulu, Azzam dalam kenyataannya kepada media ada memaklumkan hubungan mereka sudah dierestui oleh kedua-dua belah pihak dan dijangka mendirikan rumah tangga dalam tahun hadapan.

A post shared by Sheryl Shazwanie (@sherylshazwanie)