HIBURAN

Robbie Williams Anxiety Interaksi, Peminat Ambil Gambar

Maliah Surip 19/04/2025 | 20:55 MYT
Bintang terkenal Robbie Williams mendakwa mengalami anxiety dan berasa kurang selesa setiap kali berinteraksi atau peminat meminta untuk bergambar dengannya.
Menerusi beberapa siri tangkap layar yang dimuat naik di Instagramnya, Williams meluahkan perasaan tentang berdepan dengan banyak situasi dirinya ditegur oleh individu tidak dikenali atau peminat untuk bergambar.
“Setiap kali berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali atau dikenali membuat saya sering tidak selesa.
“Tapi saya perlu berpura-pura dengan sangat baik. Namun interaksi sosial tetap menakutkan saya,” ujarnya seperti dilaporkan CNN.
Salah seorang anggota Take That itu juga menceritakan pengalaman ditegur sewaktu menaiki penerbangan domestik di Amerika Syarikat sebanyak tiga kali.
“Salah seorang daripada mereka memberi saya nota dan meminta untuk bergambar dan saya membalas ‘surat’ tersebut dengan memberitahu hanya tidur dua jam dan sudah berada di lapangan terbang sejak 4.30 pagi.
“Jadi saya jelaskan jika mereka mendekati dana bergambar dengan saya, saya akan diserang anxiety dan semua orang di dalam penerbangan akan berasa tidak selesa,” ceritanya.
Williams melanjutkan cerita dirinya disapa seorang lagi peminat yang menghantar nota dan ingin bergambar.
“Saya beritahu sebaik mendarat dan jika saya berjaya ‘menenangkan’ empat anak’ saya akan cuba. Begitu juga dengan nota ketiga yang mahu bergambar dan saya terpaksa menolaknya,” tambah bintang berusia 51 tahun itu.
Dia juga mengatakan meski selebriti sangat terkenal, ia tidak bermakna mereka bersedia untuk diakses 24 jam sehari kepada umum.
“Saya percaya 50 peratus daripada mereka tidak boleh menamakan satu pun album saya atau pernah membeli tiket konsert. Mereka hanya peminat yang kenal kerana saya popular,” katanya.