Robert Pattinson Berlakon Bawah Arahan Pengarah Filem Parasite
Maliah Surip
20/01/2022 14:20 MYT
20/01/2022 14:20 MYT
Kolaborasi kerja di antara bintang Hollywood dan Korea Selatan dilihat semakin berkembang.
Terkini, Deadline.com melaporkan aktor Robert Pattinson akan berlakon di bawah arahan sutradara yang telah membikin naskhah fenomena Korea, Bong Joon Ho. Joon Ho adalah pengarah filem yang memenangi pelbagai anugerah berprestij Oscar, Parasite.
Pattinson dikatakan akan terbabit dengan naskhah bergenre sains fiksyen yang diangkat dari novel Edward Ashton yang tidak belum dipasarkan iaitu Mickey7. Novel itu sendiri bakal berada di pasaran pada suku pertama tahun ini.
Laporan sama mendakwa bintang Twilight itu dalam perbincangan untuk membawa karakter utama dalam filem yang akan diterbitkan oleh Warner Bros tersebut.
Mickey7 mengisahkan tentang Mickey, yang mengambil misi bahaya yang akhirnya membuat dia sedar mengapa dirinya menjadi individu ketujuh dalam melaksanakannya.
Untuk rekod, Joon Ho kali terakhir menghasilkan karya pada tahun 2020 dan kini sedang melaksanakan filem untuk Netflix, Okja.
Pattinson sendiri terbabit dengan karya terbaharunya menerusi saga The Batman yang dijadual menemui penonton pada 4 Mac mendatang.
Kredit Foto: AllKPop
Kredit Foto: AllKPop