gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
The Experts: Fahami Proses Mahkamah, Apa Itu Prima Facie Dan Bila OKT Perlu Bela Diri?
VIRAL
"Beri Ruang PDRM Siasat Terperinci Kes Kematian Zara Qairina" - Fadhlina
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Anak Saudara Semakin Menyerlah, Sheila Abdull Bangga Dengan Prestasi Darling - “Harap Dia Dapat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Robot Lelaki Pertama Di Saudi Arabia Tular Selepas Sentuh Punggung Wartawan Wanita

Umirah Halim
Umirah Halim
13/03/2024
09:00 MYT
Sponsor Banner
Robot Lelaki Pertama Di Saudi Arabia Tular Selepas Sentuh Punggung Wartawan Wanita
Sepotong video tular yang memaparkan sebuah robot lelaki pertama di Saudi Arabia yang bertindak memegang bahagian belakang seorang wartawan wanita meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.
Menerusi video yang berdurasi 7 saat itu, robot yang dikenali sebagai Muhammad itu dilihat secara perlahan-lahan mengangkat tangan kanannya dan menyentuh bahagian punggung wartawan Al Arabiya, Rawya Kaseem yang sedang sibuk bertugas.
Susulan itu, Rawya yang kelihatan terkejut bertindak menganjakkan dirinya sedikit ke bahagian tepi sambil meneruskan liputanya.
Saudi Arabia unveils its man shaped AI robot Mohammad, reacts to reporter in its first appearance pic.twitter.com/1ktlUlGBs1
— Megh Updates ?™ (@MeghUpdates) March 6, 2024
Memberi respons daripada insiden ini, pihak syarikat robotik Saudi, QSS bagaimanapun memaklumkan bahawa robot itu dikendalikan sepenuhnya secara bebas tanpa kawalan manusia langsung pada hari kejadian.
Menurut laporan Business Insider dan Metro juga, firma robotik itu turut berkata pihak kakitangannya telah memaklumkan secara proaktif kepada semua peserta, termasuk wartawan, untuk mengekalkan jarak selamat dari robot semasa demonstrasinya.
Malah, menerusi semakan rakaman yang telah dilakukan oleh pihak QSS di sekitar kejadian mendapati bahawa tiada sebarang penyelewengan yang berlaku yang menyebabkan robot itu bertingkah laku di luar kawalan seperti sedemikian.
QSS bagaimanapun berkata pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang melibatkan pergerakan robot tersebut berulang lagi.
Sekadar info, QSS telah melancarkan debut pertama "Muhammad the Humanoid Robot" di DeepFest di Riyadh pada 4 Mac lalu.
Acara empat hari itu telah membawa lebih 150 penceramah, 120 peserta pameran dan 20,000 pengunjung ke ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran video itu telah mendapat sebanyak 20.7 juta tontonan di aplikasi X.
Sumber: Business Insider & Metro
Topic Berkaitan
#Wartawan
#Lelaki
#Punggung
#Robot
#Sentuh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement