Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

The Rock Bergaduh Lagi...Kali Ini Tyrese Gibson Pula Jadi Mangsa!

Hanafis Haris
17/08/2019 08:56 MYT
Hubungan antara pelakon francais Fast & Furious iaitu The Rock atau Dwayne Johnson dengan Tyrese Gibson memang sudah diketahui umum tidak beberapa baik sejak kebelakangan ini.

Semuanya gara-gara kenyataan Tyrese yang sebelum ini menuduh The Rock sebagai ‘pengacau’ dalam siri berkenaan.

Malah, Tyrese juga dikatakan tidak berpuas hati apabila pihak Universal Pictures membuat keputusan mahu menghasilkan siri spin-off untuk franchise Fast & Furious.

Namun baru-baru ini The Rock telah memuat naik satu tweet di Twitter mengatakan filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw kini merupakan filem nombor satu dan sudah pun membuat kutipan USD333 juta di seluruh dunia.

"Terima kasih semua yang menjadikan filem Hobbs & Shaw box office pada minggu pertama.

“Cara terbaik nak diamkan seorang ‘badut’ ialah dengan kejayaan dan senyuman,” tulisnya.

Posting tersebut kemudian menjadi perbualan 'hangat' warga Twitter apabila ramai yang memahami maksud 'badut' itu memang dituju kepada Tyrese.

Rata-rata warganet memberi respon yang nakal seperti membalas dengan 'memes' serta GIF memaparkan wajah Tyrese.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apapun diharapkan pergaduhan antara mereka ini tidak berpanjangan.

Bagi anda yang belum menyaksikan filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw, bolehlah menontonnya di pawagam berdekatan.

Namun, jika anda masih berbelah bahagi, anda boleh baca ulasan Gempak tentang filem tersebut di bawah.

BACA: [Review] Fast & Furious: Hobbs & Shaw, Filem Aksi Yang Hampir…Sempurna!
#Filem #Fast and Furious #Filem #TheRock
;