The Rock Paling Mahal, Tewaskan Pelakon Avengers!
Hanafis Haris
23/08/2019 09:44 MYT
23/08/2019 09:44 MYT
Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dinobatkan sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi bagi tahun 2019 dengan jumlah pendapatan sebanyak USD89.4 juta (RM374 juta).
Penganugerahan ini sekali gus menewaskan dua pelakon utama Avengers iaitu Robert Downey Jr, Chris Hemsworth dan Chris Evans.
Difahamkan, pendapat yang diperoleh sepanjang tahun lalu itu merangkumi hasil lakonanannya dalam filem Jumanji Skyscraper, siri Ballers, dan beberapa rancangan televisyen lain.
Selain itu, pendapatan tersebut turut dibantu hasil menjadi duta rangkaian pakaian, kasut serta headphone, Under Armour.
Pelakon, Chris Hemsworth berada di kedudukan kedua dengan jumlah pendapatan USD76.4 juta dan diikuti Robert Downey Jr. sebanyak USD66 juta.
Antara pelakon lain yang turut tersenarai termasuklah, Akshay Kumar USD 65 juta (RM272 juta), Jackie Chan (RM243 juta), Bradley Cooper (USD 57 juta (RM238 juta), Adam Sandler USD 57 (RM238 juta), Chris Evans USD 43.5 juta (RM180 juta), Paul Rudd USD41 juta (RM171 juta) dan Will Smith USD 35 juta (RM146 juta).