HOLLYWOOD

The Rock Sambut ‘Birthday’ Di Lokasi Penggambaran, Ini 5 Perkara Best Tentang Filem Jumanji The Next Level

Asraf Aided 02/12/2019 | 14:12 MYT
Naskhah pengembaraan kegemaran ramai, Jumanji kini kembali dengan filem Jumanji The Next Level yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.

Filem ini masih diarahkan oleh sutradara yang sama iaitu Jake Kasdan dan menjanjikan elemen yang lebih menarik berbanding filem Jumanji pertama dahulu.

Namun sebelum anda menonton, ini lima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai Jumanji The Next Level :

1) Lokasi Penggambaran

Lokasi penggambaran filem ini dijalankan di kawasan lembah di Hawaii dan Koala Ranch yang juga lokasi penggambaran bagi filem Jurassic Park sebelum ini.

2) The Rock Sambut Hari Lahir Di Set Penggambaran!

Lebih menarik lagi, bintang utama Jumanji The Next Level, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock telah menyambut ulang tahun kelahirannya di lokasi penggambaran, bestnya...mesti meriah!

3) Penggambaran Di Glamis Dunes, California

Selain di Hawaii dan Koala Ranch, filem yang ditunggu ramai ini juga menjalani penggambaran di Glamis Dunes, California pada Februari tahun ini, mesti hebat hasil penggambarannya!

4) Kolaborasi Danny Devito & Danny Glovers

Jumanji The Next Level juga menyaksikan kolaborasi pertama antara Danny Devito dan Danny Glovers selepas kerjasama terakhir mereka pada tahun 2010 dalam filem I'm Still Here.

5) Lagu Nick Jonas & Jack Black Tak Digunakan?

Jack Black dan Nick Jonas telah bekerjasama menulis lagu tema filem ini, namun pengarah dan pihak produksi tidak mahu menggunakan lagu itu dalam filem berkenaan.



Sedikit info, perkataan Jumanji diambil dari buku cerita fantasi. Pelakon Robin Williams yang membintangi Jumanji sebelum ini mengatakan perkataan itu membawa maksud 'pelbagai kesan' dalam perkataan etnik Bantu di Afrika Selatan.

Filem asal Jumanji juga adalah berdasarkan kisah benar iaitu Boardgame yang dihasilkan oleh doktor dan ahli sihir di Afrika.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Jumanji The Next Level yang akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 5 Disember ini!

#Jumanji #The Next Level