,
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

Maliah Surip
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.

Selamat bergelar haji & hajah

Suhaimi atau Amy Search, 66, menunaikan haji bersama isteri, Norhasniza Hassan manakala Ella, 56, selamat bergelar hajah dan haji bersama suaminya, Azhar Ghazali.
“Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian daripada rukun haji. “Terbanglah ke sini mencari abadi, terbangkan ke mari mencari hakiki,” tulis Ella menitipkan lirik lagu Rama-Rama pada Instagramnya.
Pelantun Isabella, Amy pula sempat memohon ampun dan maaf sebelum memulakan ibadat haji.

“Mohon doakan perjalanan saya dan isteri dipermudahkan, diberikan ketenangan, kedamaian dan kehambaan dalam setiap ibadah dan diterima sebagai salah satu timbangan di hari penentuan,” tulis Amy.

Amy berjanji untuk berkongsi kenangan dan keajaiban yang dilalui sepanjang menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.

“Saya banyak berselawat dan tenangkan hati. Nanti balik saya cerita tentang keajaiban perjalanan spiritual di sini,” ujar Amy kepada Gempak.
Kedua-dua pesohor seni tanah air tersebut menunaikan ibadat haji bersama lebih 1.8 juta jemaah daripada seluruh dunia.
Selain Amy dan Ella, antara selebriti tempatan yang menunaikan haji pada tahun ini termasuklah Johan dan isteri, Ozlynn, Datin Alyah serta Elfira Loy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Sukan

Bekas Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago Peluk Islam

gempak
16/10/2024
02:44 MYT
Bekas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago memeluk Islam selepas meninggalkan kepercayaan agama lamanya.
Hiburan

Ella Bakal Persembahkan Lagu Negaraku Di Konsert After Race Fest MOTO GP

gempak
01/10/2024
18:55 MYT
Ratu Rock Malaysia, Ella bakal membuat kemunculam di pentas konsert After Race Fest yang bakal berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November depan.
Hiburan

Mahu Cuba Benda Baru, Kugiran Masdo Akan Rebut Setiap Peluang Yang Datang - “Kami Gemar…"

gempak
29/09/2024
08:55 MYT
Pemain gitar kumpulan Kugiran Masdo, Asmawi memberitahu dia gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dalam dunia industri ini.
BorakSeeni