Rogol 13 Gadis Sampai Hamil, Hukuman Guru Ini Ditukar Penjara Seumur Hidup Kepada…
Hukuman mati! Itu ‘balasan’ yang terpaksa dihadapi oleh seorang guru kerana merogol 13 gadis di sebuah sekolah agama di Indonesia.
Keputusan itu dibuat apabila pihak pendakwa mengemukakan rayuan kepada tertuduh, Herry Wirawan yang sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di Bandung pada Februari lalu, pendakwa raya memfailkan rayuan kepada mahkamah lebih tinggi, supaya tertuduh dikenakan hukuman mati.
Menerusi laporan media, antara 2016 dan 2021, Herry didakwa merogol 13 gadis yang berumur antara 12 dan 16 tahun.
Tidak cukup dengan itu Herry turut menghamilkan lapan mangsanya.
Difahamkan, kes rogol itu mula terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka, tahun lalu.
Semasa perbicaraan, didapati dia melakukan perbuatan itu selama lima tahun dan ramai daripada mangsanya berasal daripada keluarga miskin yang bersekolah dengan bantuan biasiswa.
Kes tersebut kemudian mencetuskan kemarahan ramai, mala pegawai tertinggi termasuk menteri perlindungan kanak-kanak negara itu juga menyokong gesaan untuk hukuman mati terhadap tertuduh.
Sumber : AFP, Reuters Gambar : TribunNews, Kumparan