Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

Awani
12/09/2024 21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.

Pengakuan bersalah selepas enam pertuduhan dibaca


Lelaki berumur 46 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas enam pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Dia didakwa merogol anak kandungnya berusia 15 tahun ketika kejadian dan perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Manek Urai, Kuala Krai, kira-kira 1 hingga 10 pagi antara Januari hingga Oktober 2023.


Dia didakwa merogol anak kandungnya berusia 15 tahun ketika kejadian dan perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Manek Urai, Kuala Krai, kira-kira 1 hingga 10 pagi antara Januari hingga Oktober 2023.

Terdahulu, Kamarul Hasyime memohon hukuman setimpal dikenakan supaya memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan mangsa ialah anak kandungnya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan anak-anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan berasingan serta memerintahkan dia menjalani rehabilitasi dan kaunseling ketika berada di penjara selain pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.

Sumber: AWANI menerusi BERNAMA

#Mahkamah #Penjara #Jenayah #Rogol #Sebatan