Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rogol Dalam Perkahwinan, Iddah, Rujuk & Zina, 'Nusyuz Berkiblat Cinta' Kupas Topik-Topik Panas! Ini Jawapannya ...

Amri Hassan
22/04/2022 11:31 MYT
Drama tak hanya sekadar hiburan bahkan menjadi wadah untuk berkongsi ilmu tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.

Sama juga dengan drama terbaharu Nusyuz Berkiblat Cinta yang menjadi topik bualan ramai ketika ini.

Drama lakonan Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Shaza Bae dan Nadhir Nasar itu mengupas banyak persoalan tentang hubungan rumah tangga dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat sehari-hari.

Berikut Gempak kongsikan antara isu, persoalan dan jawapan yang melatari perjalanan drama Nusyuz Berkiblat Cinta.

1. Persoalan ‘istilah rogol dalam perkahwinan’
Rujukan: NBC episod 4
Jawapan: Wujud tapi bukan di sini. Di sini pengecualian takkan dimansuhkan.

2. Persoalan ‘selepas berkahwin, seorang isteri tidak boleh menafikan kerelaan untuk mengadakan hubungan intim dengan suami. Kerana setelah perkahwinan disahkan wanita itu terikat kepada suami yang dikahwininya termasuk hal seksual'.
Rujukan: NBC episod 4
Jawapan: Kita ada 375 A untuk suami yang aniaya isteri dia.

3. Persoalan pernah dengar 'suami rogol isteri sendiri’
Rujukan: NBC episod 4
Jawapan: Bab rogol dan rumahtangga masih tak dapat dibuktikan. Sebagai seorang suami, dia berhak dapat layanan dari seorang isteri.

4. Persoalan 'kita masih dalam iddah. Saya memang ada niat nak rujuk dengan awak. Maksudnya kita tak berzina'
Rujukan: NBC episod 4
Jawapan: Rujuk ketika iddah perlu dilakukan mengikut cara yang betul. Di Malaysia yang mengikut mazhab syafie, seorang suami perlu menyebut lafaz rujuk sebelum boleh bersama semula dengan isteri. Rujuk tak sah tanpa lafaz.

5. Persoalan 'hakikatnya kau dah ceraikan dia, walaupun dalam iddah, kau tak lafaz, kau terus serang (rogol) Safi (isteri)'
Rujukan: NBC episod 4
Jawapan: Mazhab syafie memerlukan suami melafaz lisan untuk rujuk dengan bekas isteri ketika iddah. Mazhab Hanafi boleh terus rujuk dengan perbuatan tanpa perlu lafaz. Tapi di Malaysia kita ikuti mazhab Syafie.

Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ merupakan arahan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Emma Maembong #Fikry Ibrahim #Rujuk #Nusyuz #Shaza Bae #Iddah #Zina #Talak #Nadhir Nasar #Nusyuz Berkiblat Cinta #Jawapan #Persoalan #Rogol Dalam Perkahwinan
;