Rogol & Goda Gadis Muda Lakukan Seks, Kris Wu Ditahan, Akaun Weibo Disekat
Maliah Surip
03/08/2021 01:33 MYT
03/08/2021 01:33 MYT
Kontroversi yang membabitkan mantan anggota EXO, Kris Wu yang dikaitkan dengan perlakuan tidak bermoralnya seperti sudah hampir ke penghujung.
Hal itu lantaran bintang pop berdarah Cina dan Kanada ini akhirnya ditahan pihak polis Beijing, China atas dakwaan rogol.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak polis, Kris Wu ditahan atas kesalahan rogol dan menggoda gadis muda untuk melakukan hubungan seks bersamanya, lapor CNN.
Kris Wu atau nama sebenarnya, Wu Yifan kini masih dalam fasa soal siasat di sebuah balai di kawasan Chaoyang, menurut laporan sama.
Sebelum dilaporkan sebelum ini, perbuatan keji bintang berusia 30 tahun itu pertama kali terbongkar menerusi platform Weibo bulan lalu.
Seorang wanita dengan menggunakan akaun Du Meizhu menuduh telah mendapat gangguan seksual daripada Kris Wu sewaktu dirinya masih menjadi penuntut di Communication University of China di Beijing.
Dia mengatakan hanya berusia 17 tahun sewaktu berdepan gangguan seksual yang dilakukan Kris Wu terhadapnya. Kini dia berusia 19 tahun.
Selain ditahan, plaftorm Weibo miliknya yang memiliki lebih 51 juta pengikut juga telah disekat.
CNN yang menghubungi pihak pengurusan Kris Wu bagaimanapun masih belum memperoleh jawapan.
Sebelum ini, Kris Wu yang merupakan rakyat Kanada telah menafikan pertuduhan yang dibuat kepadanya.
Pihak pengurusannya juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi, sekaligus mengumumkan mahu mengambil tindakan guaman terhadap wanita yang disifatkan telah memfitnah bintang tersebut.
Namun selepas namanya tercalar dengan pertuduhan berat itu, pihak jenama antarabangsa termasuk Louis Vuitton yang menggunakannya sebagai brand ambassador sejak 2018 telah menghentikan kerjasama mereka.
Selain itu, jenama mewah Itali iaitu Bulgari, Porsche China dan beberapa jenama kosmetik ikut membatalkan kontrak kerjasama mereka bersama bintang yang juga terkenal sebagai pelakon dan model itu.
Kredit Foto: Getty Images