Romantiknya Leez! Aepul Terkejut Lihat Dekorasi Kelopak Bunga Mawar Dalam Rumah Sempena Hari Jadinya

Rozaimi Zubaidi
Julai 19, 2017 08:20 MYT
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul terharu melihat kejutan romantik yang dilakukan oleh isterinya, Leez Rosli sempena ulang tahun kelahirannya semalam.
Aepul atau nama sebenarnya Noorsyaiful Md Zalaludin meluahkan rasa gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) beserta hashtag lucu #SeorangAepulMakinTua.
Sementara itu, Leez juga turut berkongsi video dan foto-foto yang merakamkan momen terindah mereka berdua di IGnya beserta kapsyen sweet.
Foto itu juga turut menerima 'likes' daripada rakan artis antaranya Ernie Zakri, Izara Aishah dan Almy Nadia.
Nak tahu apa yang lebih sweet? Jangan lupa saksikan filem ‘Kau Yang Satu’ lakonan Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid dan Soo Wincci.
Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Rosnah Johari dan ramai lagi.
Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.
#Aepul Drama Band #Leez Rosli