Romantisnya Nora Dan Nedim Naik Private Cruise

Amri Hassan
September 5, 2017 04:04 MYT
Cuti panjang pada hujung minggu lalu membuka peluang untuk golongan selebriti melancong bersama insan tersayang.
Tidak terkecuali pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri yang sempat bercuti menaiki kapal persiaran peribadi di Langkawi dan Koh Lipe, Thailand pada Ahad lalu.
Nora menerusi akaun Instagramnya turut berkongsi momen-momen indah menikmati percutian bersama suaminya itu.
Namun, pelakon filem Polis Evo itu telah menutup ruangan komen di beberapa keping gambar romantik yang telah dimuat naik ke akaun media sosialnya.
Antaranya gambar Nora dan Nedim sedang merapatkan tubuh masing-masing dan memandang satu sama lain sambil tersenyum di hujung dek kapal.
"Saya sentiasa mahu mencipta memori indah bersama kamu (I never want to stop making memories with you)," tulis Nora pada kapsyen gambar tersebut.
Tidak dipastikan punca Nora menutup ruangan komen tersebut namun ramai netizen memuji keterbukaan pasangan suami isteri itu.
Bagaimanapun, Nedim turut 'membahasakan' netizen yang terlalu taksub menulis komen negatif dan mencari salah mereka di Instagramnya, @boss_ned.
Kami kongsikan beberapa foto percutian romantis Nora dan Nedim di Langkawi dan Koh Lipe.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @noradanish, @boss_ned
#Nora Danish #Nedim Nazri