Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin
Maliah Surip
22/08/2024 02:55 MYT
22/08/2024 02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.
Seperti dijangka, saluran YouTube yang diberi nama UR itu dengan cepat menarik perhatian sekaligu memperoleh pengikut yang ramai.
Dalam tempoh 24 jam, Ronaldo sudah memiliki 9.71 juta pengikut dan mengisi saluran YouTubenya dengan 19 video yang antaranya sudah ditonton sebanyak 1 juta kali.
Salah satu video yang paling mendapat perhatian adalah penampilannya dan Georgina Rodriguez.
Menerusi video yang dikongsikan pasangan yang sudah bercinta sejak tahun 2016 tersebut memakai pakaian sedondon warna hitam selain dilihat memakai cincin dipercayai cincin perkahwinan.
Ronaldo juga seperti memberi gambaran sudah berkahwin dengan wanita yang telah melahirkan dua anak dan menjaga tiga anak tirinya dengan panggilan ‘isteri’.
Bintang kelahiran Portugal itu mengaku sudah lama berfikir untuk membuka saluran YouTube.
“Saya gembira akhirnya projek ini menjadi nyata. Saya sentiasa teruja memiliki hubungan yang baik dengan peminat di alam maya dan saluran YouTube ini akan menjadi platform bukan hanya buat saya mendekati semua tetapi anda dapat melihat banyak perspektif berbeza tentang saya.
“Saya juga teruja untuk berbicara dan memperkenalkan tetamu undangan di UR nanti,” katanya seperti dilaporkan Variety.
Ronaldo sebelum ini memegang rekod sebagai individu paling ramai diikuti di dunia dengan 917 juta pengikut di media sosial.