Filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Manap Karaoke memasuki hari keenam tayangan di Astro First, saluran 480 hari ini.

Berdasarkan tinjauan Gempak di YouTube, rata-rata penggemar filem tempatan amat menyukai elemen lawak yang ditampilkan dalam Manap Karaoke.



Bukan sekadar memuji jalan cerita secara keseluruhan, malah ada juga yang memuji kualiti lakonan dan elemen lawak yang disampaikan barisan pelakon terutamanya Joey Daud dan Ropie.

Selain itu, ada juga yang memuji usaha Mamat Khalid mengetengahkan perkara-perkara yang mampu membangkitkan nostalgia era terdahulu.





Manap Karaoke mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Manap yang membuka perniagaan karaoke bergerak.

Namun, perjalanan Manap tidak semudah yang disangka kerana pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapinya.

Apa yang pasti, terdapat banyak kisah lucu menanti anda dalam filem ini.

Manap Karaoke menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan ramai lagi. Jangan lupa untuk mendapatkannya di Astro First, saluran 480 sekarang!