Viral

Rosakkan Landskap River Of Life, Netizen Kecam Jenama Fesyen Tempatan Ini! - "Gigih Tu Biarlah Bertempat"

gempak
Amri Hassan
10/05/2020
06:01 MYT
Sponsor Banner
Rosakkan Landskap River Of Life, Netizen Kecam Jenama Fesyen Tempatan Ini! - "Gigih Tu Biarlah Bertempat"
Ada pelbagai cara kreatif untuk mempromosikan sesebuah produk namun kreativiti pun ada juga hadnya.
Keghairahan untuk mempromosikan koleksi baju raya terbaharu sebuah jenama fesyen tempatan mengundang padah apabila mendapat kecaman netizen di media sosial.
Isunya timbul apabila model yang menggayakan busana mereka disifatkan telah merosakkan landskap di sekitar River of Live.
Menerusi kemaskini akaun Instagram jenama fesyen berkenaan, model wanita terbabit dengan secara sengaja berbaring di atas tanaman renek sekitar kawasan terbabit.
Oleh yang demikian, tindakan terbabit mencetuskan rasa berang dalam kalangan netizen sekali gus menyelar perbuatan berkenaan.
Malah, ada antara pengguna yang terkilan dengan sikap tidak acuh jenama fesyen terbabit yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram mereka untuk tujuan promosi. "Aku marah sungguh sebab aku tolong bapa aku buat landskap aku tahulah seksa dia nak jaga pokok itu macam mana.
"Nak tunggu besar makan masa, nak jaga lagi supaya pokok tu sihat, regular trimming lagi. Suka hati kau," tulis salah seorang pengguna di Twitter.
"Arkitek landskap tengok ni panas je, apatah lagi kontraktor dia," sahut pengguna lain.
"Apa ni rosakkan harta benda awam, ni kira vandalisma ni. Sanggup kau buat macam tu demi sekeping gambar untuk followers kau. Harap kau mohon maaf dan ganti rugi pokok tu," saran pengguna lain.
Namun, ada yang tidak meletakkan kesalahan itu seratus peratus kepada model muslimah berkenaan.
"Jangan salahkan dia, saya bukanlah peminat dia. Salahkan orang yang mencadangkan idea photoshoot itu. Mungkin dia hanya ikut saja," tulis @chocmuffinx.
Sementara itu, akaun Instagram rasmi River of Life Kuala Lumpur mengambil serius perkara berkenaan dan memohon kerjasama untuk memelihara tanaman landskap awam.
"Pengorbanan untuk satu gambar yang boleh merosakkan harta awam, adakah berbaloi?
"Gigih tu biarlah bertempat, kalau tanaman rosak bersedia untuk dikompaun.
"Kerjasama anda amatlah diperlukan untuk bersama-sama memelihara tanaman lanskap awam dari dirosakkan," tulis pengendali akaun berkenaan.
River of Life Kuala Lumpur dibangunkan pada tahun 2018 dengan menelan kos sebanyak RM4.4 bilion dan pernah disenaraikan sebagai 10 Waterfront District terbaik dunia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live