UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gaya Hidup

Rosakkan Makanan Di Kedai Serbaneka Dengan Sengaja, 2 Remaja Ini Dikecam Hebat!

Azwa Rahman 21/06/2019 | 04:18 MYT
Tindakan seorang remaja yang merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka Family Mart menaikkan kemarahan netizen.
Dipercayai berlaku di Family Mart Nilai, Negeri Sembilan, video yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories @luqbubbless yang tular menunjukkan remaja lelaki tersebut merosakkan makanan dan minuman sambil ketawa dan tanpa ada rasa bersalah.
Di Twitter, netizen meluahkan rasa marah dan mengkritik hebat kelakuan jahat remaja dan si perakam video tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada di antara mereka yang sudah melaporkan kejadian tersebut pada pihak pengurusan Family Mart dan tidak kurang juga yang memohon pihak polis untuk menangkap si pelaku.
Berikut adalah reaksi netizen di laman Twitter:
"@adnanizuan: Ni boleh jadi kes polis, merosakkan harta syarikat dengan sengaja. Cari orang ni sampai dapat."
"@bharbiee: Bodoh rempit I hope family mart sues you broke."
"@suhaimyharun: Aku rasa orang macam ni patut RT sampai jumpa then gantikan balik apa yang dia dah rosakkan. Plus yang tukang merakam sekali."
"@ujangkhairullah: Semoga orang akan rosakkan makanan kau mcmana kau rosakkan makanan orang. Contoh manusia macam kau ni layak duduk dalam reban."
"@fendymojoo: Biadab tahap apa ni. Cannot brain la. Tak kelakar langsung. Makanan tu kalau dah rosak dia jadi wastage then staff yang shift masa tu yang kena ganti. Ini dah menganiaya orang."
Ada yang menyerang akaun Instagram @luqbubbless sehingga membuatkan akaun tersebut diletakkan dalam mod privasi.
Susulan daripada kejadian itu, remaja tersebut telah tampil untuk membuat penjelasan.
“Korang jangan main cakap, kaji dulu sebelum sebelum bercakap. Apa yang aku buat tadi, semua tu aku dah beli la.
“Eiii korang ni, eiii! Aku tak bodoh lagi la nak buat vandalism. Aku ada otak," jelasnya menerusi video berdurasi 45 saat itu.
Namun, netizen tidak mempercayai penjelasan daripada remaja tersebut kerana tiada sebarang bukti resit pembelian ditunjukkan.
#Netizen #Malaysia #Mengamuk
;