Rosakkan Van Pos Malaysia & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500
Gempak
01/11/2021 22:35 MYT
01/11/2021 22:35 MYT
Pelakon Ammar Alfian Aziz didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan khianat pada sebuah van menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu van tersebut pada April lalu.
Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas pelakon filem Paskal tersebut mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah turut memerintahkan Ammar Alfian dihukum penjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda tersebut.
Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777.
Kesalahan itu dilakukan dituduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Budiman Cheras, pukul 1.45 tengah hari 5 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin Mohd Noor, 31, pada waktu, tempat dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-keduanya.
Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan manakala pertuduhan mencederakan Ammar Alfian didenda RM1,500 atau penjara sebulan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.
“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai,” katanya.
Bagaimanapun peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, yang mewakili Ammar Alfian memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan kerugian yang dialami hanya sekitar RM700.
Menurut peguam itu, dalam kejadian tersebut mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan.
Sumber: K! ONLINE.