Laman Utama

Roslan Shah Naik Berang Bila Datuk Seri Vida Tuduh Dirinya ‘Berlaga Punggung’ Dengan Iqbal

gempak
Izwan Isa
18/12/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Roslan Shah Naik Berang Bila Datuk Seri Vida Tuduh Dirinya ‘Berlaga Punggung’ Dengan Iqbal
Pengacara dan penyanyi kelahiran Singapura, Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan melahirkan rasa kurang senang apabila netizen mula mengejeknya berlaga punggung dengan Iqbal, bekas pembantu usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida.
Lebih parah, ejekan tersebut dimulakan oleh Vida ketika mereka sedang bersiaran langsung bagi mempromosikan minyak wangi keluaran Vida untuk warga Singapura. Vida berkata Roslan dan Iqbal berlaga punggung selepas ada peminat yang bertanya adakah benar Iqbal dan Roslan Shah tidak sebulu.
“Setiap kali kalau Cik Lan buat Live FB dan IG, pasti haters atau netizen akan masuk komen cakap yang bukan-bukan pasal Cik Lan dan Iqbal ada hubungan, kata-kata merepek dan lucah.
“Walaupun bermula semasa live FB Cik Lan bersama Datuk Seri Vida di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur tempoh hari semasa Cik Lan tolong promotekan minyak wanginya khas untuk warga Singapura untuk order melalui FB live Cik Lan dan di IG Dato Seri Vida,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran di Instagram, Roslan turut memuat naik potongan Facebook Live yang dimaksudkan itu.
Berbicara lanjut, Roslan mengakui yang dia memberi teguran ketika sesi siaran langsung itu sedang ke udara memandangkan apa yang disebut oleh Vida adalah satu hal yang tidak benar.
“Cik Lan tolong secara ikhlas untuk promote minyak wangi dan tidak minta apa-apa pun dari Datuk Seri Vida. Cuma pasal gesel bontot tu, tidak benar. Pembantu serta Datuk Seri Vida pun ikut serta memalukan Cik Lan.
“Walaupun itu hanya satu gurauan sebab ramai yang menonton live FB Cik Lan masa itu. Tetapi Cik Lan abaikan aje. Pada esoknya, bila Cik Lan buat live FB, ada segelintir manusia ejek dan perli tentang isu Cik Lan dan Iqbal. Itu yang Cik Lan rasa marah sampai sekarang.
“Memang betul pun apabila Cik Lan perhatikan, Iqbal tak kacau atau perli sesiapa, walaupun Iqbal menonton live itu sebab ada nampak namanya timbul. Tetapi, yang mulakan orang komen tengok live FB, dan dari situ Datuk Seri Vida pun ikut sama bercakap pasal gesel bontot Cik Lan dan Iqbal,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Roslan turut berkata yang dia tidak kisah jika ada yang ingin bergurau, tetapi haru kena pada tempatnya.
“Boleh bergurau tapi kena bertempat itu saja. Cik Lan mohon maaf dan memaafkan sesiapa saja yang membuat fitnah. Tak tahu cerita sebenarnya jangan terus melulu mengutuk dan komen setiap kali Cik Lan buat live di FB atau IG ya.” tutup Roslan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live