LAMAN UTAMA
Roslan Shah Tiba-Tiba Rebah Terlungkup Ketika Siaran Langsung Di Televisyen!
Pengacara Roslan Shah tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang bersiaran langsung dalam rancangan bual bicara di salah sebuah stesen televisyen swasta pada Isnin.
Roslan yang berbaju serba hitam dan bertopi sedang duduk ketika ditemuramah oleh dua hos wanita tiba-tiba rebah menghempap meja kaca di hadapannya.
Ketika kejadian, kedua-dua hos wanita berkenaan panik dan siaran langsung itu segera dipotong.
Rakaman ringkas video yang memaparkan Roslan rebah ketika ditemuramah dikongsikan oleh jurusolek Ayang Kamel Ibrahim di Facebooknya.
"Dah kenapa dia tetiba terlungkup pengsan tengah live sebentar tadi," tulis Ayangkamell.


Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan dari Roslan.
Must-Watch Video