Roslan Shah Tiba-Tiba Rebah Terlungkup Ketika Siaran Langsung Di Televisyen!
Amri Hassan
28/02/2022 05:25 MYT
28/02/2022 05:25 MYT
Pengacara Roslan Shah tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang bersiaran langsung dalam rancangan bual bicara di salah sebuah stesen televisyen swasta pada Isnin.
Roslan yang berbaju serba hitam dan bertopi sedang duduk ketika ditemuramah oleh dua hos wanita tiba-tiba rebah menghempap meja kaca di hadapannya.
Ketika kejadian, kedua-dua hos wanita berkenaan panik dan siaran langsung itu segera dipotong.
Rakaman ringkas video yang memaparkan Roslan rebah ketika ditemuramah dikongsikan oleh jurusolek Ayang Kamel Ibrahim di Facebooknya.
"Dah kenapa dia tetiba terlungkup pengsan tengah live sebentar tadi," tulis Ayangkamell.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Stories, Roslan memaklumkan dirinya dalam keadaan kurang sihat kerana keadaan cuaca tidak menentu.
"Sebelum masuk studio kena test dan submit malam ni untuk esok. Walaupun kepala kurang sihat kena hujan dah dua hari... Alhamdulillah," tulis Roslan yang berkongsi keputusan ujian saliva yang menunjukkan tanda negatif COVID-19.
Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan dari Roslan.