Berita

Rosmah Dibicara: Najib Akur Diarah Keluar

gempak
Syafiqah Jalal
06/02/2020
10:45 MYT
Sponsor Banner
Rosmah Dibicara: Najib Akur Diarah Keluar
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang hadir menyaksikan perbicaraan melibatkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, diarah Mahkamah Tinggi di sini agar meninggalkan premis mahkamah.
Menurut laporan Astro Awani, Rosmah kini menghadapi perbicaraan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana bagi pembekalan dan pemasangan tenaga solar melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menimbulkan bantahan terhadak kehadiran Najib di galeri awam.
“Dalam kes ini, kenyataan Najib direkodkan, beliau adalah saksi yang berpotensi,” kata Ahmad Akram kepada Mahkamah Tinggi hari ini.
Susulan itu, Mohamed Zaini mengeluarkan perintah agar Najib mengundurkan diri dari mahkamah. “Saya minta maaf tetapi saya perlu meminta kepada anda untuk mengundurkan diri," katanya kepada Najib.
Najib dengan tenang akur dengan perintah tersebut dan menjawab "okay” lalu bangun meninggalkan mahkamah.
Difahamkan, semalam Najib turut hadir mendengar prosiding perbicaraan isterinya itu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live