Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rosmah Dipenjara 10 Tahun & Denda RM970 Juta, Jika Gagal…

Gempak
01/09/2022 10:33 MYT
Datin Seri Rosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hidbrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hukuman penjara berjalan serentak bermula Khamis.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Rosmah itu yang hadir dengan memakai baju kurung berselendang kuning menangis ketika berucap di hadapan Mohamed Zaini, sejurus sabitan dibaca di hadapannya.

Sumber: Sinar Harian
#Rosmah Mansor #Penjara #Rasuah #Rosmah #Denda #Bersalah
;