HIBURAN
Ross Butler Kongsi Cabaran Berlakon Di Malaysia - “Perkara Paling Sukar Adalah…”
Pelakon antarabangsa, Ross Butler berkongsi ada beberapa cabaran yang dihadapinya ketika menjalani penggambaran filem terbaharu, Worth The Wait di Malaysia.
Menurut Ross, antara perkara paling mencabar adalah ketika mereka melakukan penggambaran di kawasan ikonik Batu Caves.
“Perkara yang paling sukar adalah memanjat tangga di Batu Caves. Tangga di sana memang banyak dan kami perlu naik turun berulang kali.
“Ditambah pula dengan kehadiran monyet di sekeliling, ia menjadikan suasana lebih mencabar tetapi juga cukup nyata dan menarik,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama siri, 13 Reason Why itu mengakui keseluruhan pengalaman di Malaysia amat menyeronokkan.
“Selain daripada beberapa cabaran kecil, penggambaran bersama kru di sini sangat menyenangkan. Mereka sangat profesional dan berpengalaman.
“Malah, kami berjaya menyiapkan penggambaran lebih awal daripada jadual hampir setiap hari,”jelasnya.
Selain itu, Ross juga juga memuji makanan tempatan yang disifatkan sebagai salah satu penyumbang untuk menaikkan semangat dan tenaga sepanjang penggambaran berlangsung.
“Dapat makan makanan yang menakjubkan sememangnya bagus untuk semangat dan tenaga kami.”kongsinya.
Walaupun berdepan cuaca panas dan sedikit hujan, aktor kacak itu menyatakan pasukan produksi mereka tetap melakukan kerja dengan sempurna tanpa mengalami sebarang gangguan.
“Sebagai pelakon, kami tahu bahawa sebarang produksi pasti ada komplikasi. Tetapi secara keseluruhan, kami menikmati setiap detik sepanjang penggambaran di Malaysia.
Ya, cuaca agak panas dan kadang-kadang tiba-tiba hujan, tapi kami sangat bernasib baik,”katanya.
Sekadar info, filem Worth The Wait ini mengisahkan tentang kehidupan beberapa individu Asia-Amerika yang tidak saling mengenali mula bersilang secara takdir apabila mereka menempuhi cinta yang sedang berputik, menghadapi kehilangan yang mendalam, dan bertemu semula dengan cinta lama.
Filem ini dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal, Ross Butler, Lana Condor, Sung Kang, Tan Kheng Hua dan ramai lagi.
Worth The Wait akan ditayangkan di pawagan pada 7 Ogos ini.