Rossa Akui Duit Penting Untuk Hidup: “Mahu Beli Makanan Enak Juga Perlu Wang, Tapi…”
Maliah Surip
16/04/2023 04:50 MYT
16/04/2023 04:50 MYT
Bintang terkenal Indonesia, Rossa mendepani kehidupannya dengan cukup realistik.
Salah satu hal yang tidak disorokkan daripada umum adalah dirinya mengaku duit sangat penting dalam kehidupan.
Justeru itu kata Rossa, sejak lebih 15 tahun lalu, dirinya tidak pernah lelah bekerja dan daripada pekerjaan yang ditekuni beliau mendapat hasil atau duit untuk kelangsungan hidup.
“Iya, menurut saya duit sangat penting untuk hidup. Mahu beli makanan enak juga perlu duit, makanya saya terus bekerja keras sehingga hari ini,” ujar Rossa saat ditanya media pada majlis pelancaran lagu runut bunyi untuk drama siri Bidadari Bermata Bening, Khanti, di Kuala Lumpur.
Meski mengakui duit penting dalam kehidupan, namun penyanyi tersohor itu mengatakan wang bukan segalanya.
“Tapi harus diingat, duit bukan segalanya dalam kehidupan. Ia (duit) penting, tapi bukan segalanya buat saya.
“Mahu bahagia juga bukan semata kerana duit, tapi bagaimana kita menghargai setiap sesuatu dalam kehidupan kita,” ujar pelantun Hey Ladies tersebut.
Dan salah satu kebahagiaan yang ditemukan Rossa adalah terus berkarya, termasuk terbabit dengan projek runut bunyi atau OST untuk Bidadari Bermata Bening. Sementelah Khanti adalah lagu bersifat religi yang dirilis sempena Ramadan namun mempunyai makna lirik yang universal.
Menerusi runut bunyi Khanti, beliau kembali menjalin kolaborasi bersama ‘tagteamnya’ iaitu Melly Goeslaw dan Andi Rianto.
“Ya menghasilkan Khanti ini juga satu rezeki ya setelah sekian lama saya tidak terbabit dengan lagu OST.
“Jadi setelah membaca jalan ceritanya, saya bilang lagu ini cocok dibikin Melly. Dua hari kemudian tahunya sudah jadian. Dan saya bersyukur lagu ini sekarang sudah mula digemari di Indonesia walaupun baru satu minggu dirilis saing meledak drama sirinya,” kata Rossa penuh bahagia.
Kata Rossa meski Khanti bukan satu penggunaan bahasa yang biasa didengar, namun dirinya percaya dengan sentuhan yang diberikan Melly.
“Khanti maksudnya sikap yang terlalu amat bersabar. Jadi ia memenuhi karakter di dalam drama Bidadari Bermata Bening ini. Sementara saya tidak Khanti ya teman-teman,” tutupnya berseloroh.
Bidadari Bermata Bening adalah drama siri terbaharu yang disiarkan untuk Viu Indonesia.