HIBURAN
Rossa Buka Warung, Jual Juadah Berbuka Puasa Serendah 54 Sen
Penyanyi Rossa punya cara unik untuk mendapatkan pahala dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan.
Rossa diketahui telah membuka warung yang didirikan bersama beberapa sahabatnya dan menjual juadah berbuka puasa dengan harga cukup murah.
Salah satu menu yang disediakan di warung yang diberi nama Sawios di kampung halamannya di Sumedang malah hanya berharga 54 sen!
Dan juadah yang disediakan akan laris setiap hari dengan jualan beratus-ratus paket hasil dijual.
“Sebenarnya ini (warung) lebih kepada memberi manfaat. Kebetulan saya bersama teman-teman di kampung usahakan warung ini setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
“Jadi biasanya menu yang dijual pada harga sekitar RM4.50 hanya dijual serendah 54 sen. Setiap hari sepanjang Ramadan ini,” ujar Rossa seperti dilaporkan Kompas.
Menurut pelantun Tegar ini lagi harga juadah yang murah dipengaruhi banyaknya sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak.
“Setiap Ramadan tiba banyak pihak yang memberi sumbangan jadi kami fikir mengapa harus dibayar (pembeli)? Cuma kami mengambil sedikit wang untuk menampung pembelian barang basah untuk penyediaan makanan esok hari,” jelas Rossa.
Dengan inisiatif yang dijalankan, Rossa berharap agar ada banyak pihak lain termotivasi melakukan hal serupa.
“Mudah-mudahan jadi motivasi rakan lain untuk berkongsi di bulan mulia ini,” katanya menutup bicara.