Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rossa Positif COVID-19, Tanggung Kerugian Hampir RM300,000 Kerana ...

Amri Hassan
23/06/2021 23:50 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Rossa mendedahkan terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilipn rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Jelas Rossa, nilai kerugian hampir RM300,000 itu kerana terpaksa menolak banyak tawaran persembahan dan memulangkan semula beberapa persembahan lain.

"Jadual persembahan sehingga kini hanya satu per tiga daripada kebiasaan sebelum pandemik bermula.

"Ketika saya dijangkiti Covid-19, banyak wang deposit yang terpaksa dipulangkan dan menyebabkan kerugian yang besar," ujarnya dalam podcast bersama Iwan Gunawan.

Rossa disahkan positif virus berkenaan apabila menjalani ujian calitan sebelum mengadakan persembahan di Surabaya, Jawa Timur dan telah menjalani kuarantin selama 14 hari.

Antara gejala yang dialami Rossa adalah keletihan dan tidak sedap badan.

Susulan itu, Rossa memaklumkan dia akan menjalani ujian COVID-19 pada setiap minggu kerana tuntutan kerjanya sebagai juri rancangan realiti Indonesian Idol.
#Penyanyi #Indonesia #Rossa #Surabaya #COVID-19