Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rossa Puas Pakai Gaun RM235,000 Untuk Konsert Di KL! - "Saya Sanggup Beli Sebab..."

Amri Hassan
04/11/2022 02:55 MYT
Penyanyi popular Indonesia Datuk Seri Rossa berkongsi keterujaannya menyarung persalinan bernilai RM235,000 untuk pembukaan konsert Rossa 25th Shining Years di Plenary Hall KLCC baru-baru ini.

Jelas Rossa, pelaburannya untuk memakai gaun keemasan sentuhan pereka fesyen Belanda, Iris Van Herpen itu dirasakannya berbaloi demi meraikan ulangtahun ke-25 usianya dalam industri hiburan.

"Saya sanggup membelinya kerana mahu meraikan 25 tahun penglibatan saya dalam industri sebagai penyanyi.

"Sebelum ini saya pernah menggayakan busana daripada pereka tempatan termasuk dari Singapura dan Malaysia. Kali ini saya mahu memberikan kelainan," katanya yang ditemui usai acara.

Siapa pernah pakai Iris Van Herpen?

Dedah Rossa, usahanya untuk mendapatkan khidmat daripada pereka fesyen itu juga tidak mudah kerana perlu lalui beberapa kriteria penting.

"Dia (Iris Van Herpen) akan meneliti profil seseorang artis dan tujuan baju itu dipakai," tambahnya.

Untuk rekod Iris Van Herpen hanya mengeluarkan koleksi pakaian sekali setahun sekitar 100 helaian. Setiap satunya bernilai sekitar AS$20,000 (RM94,000) hingga AS$100,000 (RM474,000).

Terkenal dengan rekaan berinspirasikan elemen alam semulajadi seperti gerakan air dan formasi kristal, rekaan couture Iris Van Herpen pernah digayakan selebriti terkenal antarabangsa seperti Beyonce, Lady Gaga, Naomi Campbell, Cate Blanchett dan Scarlett Johansson.



Konsert Rossa 25th Shining Years menyaksikan kehadiran lebih 3,000 peminat yang ikut sama terhibur dengan nyanyian bertenaga dan konsep persembahan yang cukup memukau!

Malah, Rossa terharu dengan sokongan rakan artis yang bukan hanya dari Malaysia misalnya Datuk Amy Search, Shiha Zikir, Tya Arifin dan Puteri Sarah Liyana bahkan ada yang terbang dari Indonesia termasuk Cakra Khan.

Rossa menyanyikan lebih 30 buah lagu popularnya seperti Hey Ladies, Pudar, Hati Yang Kau Sakiti, Tegar, Perawan Cinta, Takdir Cinta dan banyak lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Penyanyi #Viral #Konsert #Fesyen #Indonesia #Rossa #Belanda #Gaun #Oh Abe Nik #Plenary Hall #Iris Van Herpen #Rossa 25th Shining Years
;