Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Rosyam Nor Belajar ‘Belajar’ Jadi Bapa Dalam Jack Yusof

Izwan Isa
03/07/2023 15:50 MYT

Kehidupan pelakon Jack Yusof serba serbi lengkap. Masih mempunyai kerjaya yang relevan, hidup dalam kemewahan dan disenangi ramai. Namun, ada satu yang kurang lengkap dalam hidupnya, kasih sayang seorang anak.

Judul: Jack Yusof
Tarikh tayangan: 17 Jun 2023 (On Demand dan Astro GO), 26 Jun 2023 (Astro Ria)
Waktu tayangan: Isnin hingga Khamis, 10 malam
Saluran: On Demand, Astro GO dan Astro Ria
Episod: 8
Produser: Siti Marzuliana Marzuki
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi: KL Motion Pictures Company

Sinopsis:
Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox. Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.

Pelakon:
Datuk Rosyam Nor sebagai Jack Yusof
Sharifah Husna sebagai Aida
Raja Ema sebagai Salina
Rashidi Ishak sebagai Rahmat
Hafiz Halim sebagai Zain
Fadlan Hazim sebagai Syafiq Aidan
Adriana Adnan sebagai Suzy
Loganathan Kanabathy sebagai Ramesh

#Jack Yusof #GempakInfo