Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura
Mya Amri
10/10/2024 23:55 MYT
10/10/2024 23:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Rosyam, dia juga telah menyenaraikan beberapa pengguna akaun Facebook termasuk pemilik akaun yang menggunakan nama pelawak Bell Ngasri kerana didakwa mengaibkan dirinya.
Rosyam yang hadir ke balai polis ditemani peguam dikenali Aizul itu juga turut menunjukkan salinan laporan polis sebagai bukti.
Terdahulu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.
Namun, dalam perbincangan tersebut, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.
Topik itu tiada kena mengena dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga sebaliknya sekadar lontaran secara umum.
Buat laporan polis

“Saya sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu berkenaan dengan penyebaran di media sosial yang berunsur fitnah dan mengaibkan saya dengan (perceraian) Fattah Amin dan Nur Fazura," katanya.