Selain aktif dalam dunia lakonan dan perniagaan, pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor juga sibuk mengendalikan program podcast terbitannya iaitu Hitam Putih.

Terbaharu, Rosyam menerusi hantaran di Instastory mencari mana-mana individu yang pernah berdepan situasi seram atau sering diganggu makhluk halus untuk berkongsi pengalaman mereka dalam program tersebut.

"Ada sesiapa yang kerja shift malam selalu 'kena kacau' tak? Saya nak borak podcast dengan orang-orang macam pengawal, DJ, nurse, driver van jenazah yang boleh kongsi kisah misteri," kongsinya.

Terdahulu, salah satu episod podcast Hitam Putih tular apabila Rosyam memberikan pendapatnya bahawa kebanyakkan perempuan akan memiliki sifat angkuh apabila mempunyai kerjaya dan memiliki duit yang banyak.

Tambah aktor itu lagi, wanita begitu akan mula meninggikan suara, mengeluh dan mengadu penat membuat kerja rumah apabila memiliki kerjaya yang bagus.

BACA SINI: “Perempuan Ada Duit, Dia Berlagak” - Rosyam Nor