Laman Utama

“Rosyam Nor Tolak & Henyak Saya Ke Dinding, Sampai Paku Masuk Bahu…” - Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Berlakon

Shahrin Zulkifle
12/01/2023
13:00 MYT

Penyanyi dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia pernah dihenyak ke dinding sehingga paku menembusi bahunya ketika menjalani penggambaran filem Janji Diana terbitan produksi Datuk Rosyam Nor beberapa tahun terdahulu.

Pun begitu, Fazley yang juga cef selebriti berkata kecederaan yang tidak sengaja berlaku di set penggambaran tersebut sudah dianggap sebagai sebahagian daripada asam garam dunia perfileman.

Malah baginya, tidak sekali pun menyimpan dendam atau menyalahkan mana-mana pelakon atas kecederaan yang dialami.

"Cedera masa shooting? Saya berparut dah 18 tahun! Itu biasa! Abang Rosyam Nor tolak dan henyak saya ke dinding sampai paku masuk bahu masa shoot Janji Diana.

"Sepanjang malam darah masih menitis sampai basah jaket motor saya dengan darah. Saya tetap salam cium tangan Abang Rosyam. Saya hanya cerita pada beliau 15 tahun selepas itu.

"Tapi parut tebal masih ada sampai hari ni. Masa shooting filem yang sama, saya jatuh motor sebab jalan ada pasir, motor pulak himpit kaki. Itu biasa!," katanya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Tambah pelantun lagu Asmara Ini, sebagai seorang yang bergelar anak seni, diri perlu mempunyai kekuatan hati yang kuat dan kental untuk berdepan cabaran.

"Asam garam dunia perfileman, hati kena kuat, jiwa kena kental beb! Bertahun saya berlakon dengan Skop Production, tetap saya enjoy dan berterima kasih pada Datuk Yusof Haslam.

"Masih ingat filem dan drama lakonan saya? Gerak Khas The Movie 2, Janji Diana, Gila Bola, Sembilu Kasih dan banyak lagi!

"Terima kasih semua! Relaks sudah, jangan gaduh-gaduh. Kita semua adik beradik dalam satu industri! Tak begitu?” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lelaki Cerita Detik Cemas Ditikam Ketika Cuba Dirompak Di Pusat Beli-Belah - "Nasib Baik Pisau Tak Kena Pada ..."

gempak
20/07/2024
08:55 MYT
Menurut laporan World Of Buzz, mangsa yang dikenali sebagai Wayne, berkata, penyerang pada mulanya berdiri di belakangnya ketika berada di tandas.
Hiburan

CEO Batu Terlibat Kemalangan, Patah Gigi Hadapan Dan Terima Lebih 20 Jahitan Di Bahagian Kepala

gempak
14/07/2024
07:30 MYT
Pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai CEO Batu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Sungai Petani, Kedah pada awal pagi Sabtu.
Berita

Rakyat Malaysia Cedera Terkena Kepingan Konkrit Jatuh Di Hong Kong

gempak
09/07/2024
07:30 MYT
Lawatan kerja bertukar menjadi detik cemas bagi seorang lelaki Malaysia pada hari pertamanya di Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang terkenal dengan kesibukan kota.
Hiburan

"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

gempak
09/07/2024
03:55 MYT
Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor, 57, menyifatkan bahawa karisma seseorang pelakon itu lebih penting berbanding rupa paras yang menarik.
Viral

Budak Perempuan Cedera Tangan Tersepit Eskalator

gempak
06/07/2024
04:57 MYT
Seorang kanak-kanak cedera tangan kanan selepas tersepit pada tangga eskalator yang bergerak dalam kejadian di sebuah pasar raya di Likas, di sini pada Jumaat.