Laman Utama
Roti Perancis & Kari Daging Cara Tok Ram Memang Love! Eh Sarah Pun Tak Sabar Nak Cuba
Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli Ms menunjukkan bakat memasak menerusi program Sedapur Bersama Tok Ram.
Namun kali ini, Datuk Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram ini menyediakan menu roti perancis dan kari daging.
Tidak hanya menyediakan masakan, Sedapur Bersama Tok Ram juga turut bersama tetamu jemputan, penyanyi Siti Sarah.
Mungkin ramai yang tidak tahu bapa kepada Sarah, Raisuddin Hamzah merupakan sahabat Tok Ram jadi tidak hairanlah Sarah kelihatan begitu rapat dengan figura ternama itu.
Episod kedua ini menyaksikan Sarah membantu Tok Ram untuk membuat roti perancis dari awal.
Sepanjang proses memasak, Tok Ram juga berkongsi beberapa info menarik tentang budaya di Singapura.
Menurut Tok Ram, setiap kali majlis pertunangan berlangsung pasti roti dan kari daging akan disediakan sebagai hidangan.
Dalam pada itu Sarah juga memberikan pandangannya terhadap Tok Ram.
Kata Sarah, Tok Ram sebenarnya seorang yang sangat baik hati namun agak tegas apabila melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan muzik.
Bagaimanapun Sarah menjelaskan ketegasan Tok Ram itu adalah kerana dia mahu mereka memberikan sepenuh usaha dan menjadi penyanyi dan pemuzik terbaik.
Sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri, Tok Ram juga memberikan nasihat kepada penonton untuk sentiasa bersyukur, rendah diri dan mempunyai tujuan hidup.
Banyak lagi perkara menarik yang akan dibualkan oleh dua figura terkenal ini, jadi, jangan lupa saksikan episod pertama Sedapur Bersama Tok Ram malam ini.
Sedapur Bersama Tok Ram ditayangkan pada setiap Khamis, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).