TERKINI
Roy Azman Jadi Pengetua Kafa, Netizen Usik - “Dah Jadi Guru Besar Sekarang, Dulu Muda Main Motor Rebutkan Mariana”
Pelakon, Roy Azman muncul dengan drama komedi terbaharu berjudul Geng Duit.
Watak guru besar sekolah kafa
Menariknya kali ini, Roy membawakan watak sebagai guru besar sekolah agama yang unik atau digelar sebagai cikgu TikTok.
Karakternya yang bersahaja setiap kali melontarkan dialog membuatkan netizen terhibur.
Malah netizen juga turut meninggalkan komen mencuit hati di Instagram Roy.
Antara komen yang diterima adalah:


Selain Roy, Geng Duit turut dibintangi oleh Mikael Noah, Bell Ngasri, Qasrina Karim, Imran Aqil, Umar Syakur, Kiky Hannah, Laura Olivia, Firman Uzair dan Hafiy Altamis.
Saksikan Geng Duit setiap Jumaat, jam 3 petang di Astro Ceria (saluran 611) atau strim di Astro Go, On Demand dan sooka.
Sinopsis:
Seorang pelajar muda di sekolah Kafa yang tak berapa berjaya telah menyatukan sekumpulan pelajar untuk menyertai pertandingan Piala Kafa Peringkat Negeri.
Bolehkah mereka menang dengan D.U.I.T (Doa, Usaha, Ikhtiar,Tawakal)?