Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

Asyikin Mayudin
31/07/2024 02:55 MYT
Pelawak Angah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya.

Masalah Kesihatan

Angah memberitahu dia tidak mahu menyusahkan atau menganggu rakan lain apabila kerap mengambil cuti sakit ketika sedang bertugas.

“Benda itu jadi berlarutan sebelum saya jadi nak sihat ini, saya ambil keputusan dengan Sinar untuk saya berhenti daripada radio Sinar. Berhenti sekejap, tak tahu berhenti macam mana.

“Kadang-kadang saya cutilah, apa semua kan, saya takut orang menganggap yang benda itu (kesihatan) main-main. Selagi saya tak sihat, saya tak nak benda itu berlarutan.

“Takut nanti saya bangun pagi, darah tinggi dan terpaksa cuti lagi. Saya akan menganggu kawan-kawan yang lain. Saya perlukan kerja, saya memang nak kerja. Bukan saya datang sini kerana saya nak buat TikTok saja-saja,” ujarnya.

Roy Azman Sebak

Menerusi siaran langsung di TikTok SINAR kelihatan pelakon Roy Azman turut berasa sedih dan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

“Pada saya, memang dia kalau digandingkan dengan sesiapa pun, semua pasangannya akan gembira. Saya ambil kesempatan ini, all the best to you. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“Kuatkan semangat kau di luar sana dan kau kena ingat kami semua sayang kau dan tak akan lupakan kau. Kita kena sentiasa keep in touch. Walaupun kita tak kerja sama,” kata Roy dalam keadaan sebak.

Angah yang mendengar kata-kata Roy turut tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa sedih dengan keputusan Angah dan memuji sikap pelawak itu yang dianggap sebagai seorang yang sopan santun ketika bercakap.

#Penyampai radio #Angah Raja Lawak #Roy Azman #Radio Sinar #Angah berhenti
;