Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

RPM Group Cetus Revolusi Hiburan, Rockology Tour Jadi Lambang Kebangkitan Rock

Asyraf Roslan 10/05/2025 | 05:25 MYT

Industri hiburan tanah air menyaksikan satu lagi pencapaian bersejarah apabila tiga entiti dinamik dalam dunia seni dan hiburan iaitu Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd, RPM Events Sdn. Bhd. dan RPM Labels Sdn. Bhd. secara rasmi digabungkan di bawah satu jenama utama, RPM Group of Companies.

Menurut pengarah RPM Group of Companies, Datuk Eddy Amir Salim pelancaran jenama ini bukan sekadar penyatuan entiti perniagaan malah ia juga satu gerakan untuk memperkukuh industri hiburan Malaysia dengan pendekatan yang lebih profesional, tersusun dan berimpak tinggi.
“Penubuhan RPM Group bukan sekadar gabungan syarikat, tetapi satu gerakan untuk memperkukuh industri hiburan Malaysia. Dengan sinergi antara Rumah Produksi Merah, RPM Events, dan RPM Labels, kami yakin dapat menghasilkan karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut memberi nilai kepada masyarakat dan negara,” jelasnya.
Dalam majlis sama, RPM events turut memperkenalkan projek besar pertama mereka iaitu Rockology Concert Tour 2025 yang mana mengangkat semula kegemilangan muzik rock Malaysia.
Konsert jelajah ini Konsert ini bakal menampilkan dua legenda muzik tanah air, Datuk Awie dan Search (Kid Din) diatas satu pentas yang dijangka mengimbau nostalgia dan menyuntik semangat baru dalam jiwa rockers tempatan.
Menurut Awie, beliau menerima pelawaan untuk terlibat dalam konsert tersebut kerana percaya pada misi dan semangat di sebalik jelajah tersebut yang bukan sekadar konsert biasa tetapi merupakan satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock tanah air.

“Saya terima pelawaan untuk terlibat dalam Rockology Concert Tour 2025 kerana saya percaya pada misi dan semangat di sebalik jelajah ini. Ia bukan sekadar konsert biasa, ini adalah satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock tanah air.”

“Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program CSR kami yang seterusnya, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara, sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan. Ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar.”

Konsert ini dijangka menarik kehadiran lebih 15,000 peminat dari seluruh Malaysia dan Singapura, menjadikannya salah satu konsert rock terbesar tahun 2025.
Tiket untuk Rockology Concert Tour 2025 – North Chapter kini telah mula dijual di laman web https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga mampu milik bermula serendah RM98.
Manakala bagi tiket Rockology Concert Tour 2025 – South Chapter akan diumumkan dari semasa ke semasa.

#Rock #Rockology Tour #RPM Group