Hiburan
"Ruam Yang Anda Lihat Sebenarnya Adalah Ekzema .." - Nina Iskandar Alami Alahan Kulit Semasa Hamil
Pelakon Nina Iskandar berhadapan dengan alahan kulit sepanjang proses kehamilan pertamanya.
Menurut Nina doktor menjelaskan alahan itu normal untuk wanita mengandung yang mengalami ekzema.
"Tengah ada alahan atau tindak balas alergi!! Ini adalah perkara biasa sepanjang proses kehamilan.
"Orang kata ini baru sikit, akan ada lagi saya akan hadapi sepanjang perjalanan kehamilan. Ruam yang anda lihat sebenarnya adalah ekzema kerana saya mempunyai ekzema.
"Jadi semua alahan kita akan muncul lah sekarang. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal pengambilan gula anda," tulisnya.
Menerusi Instagram TV miliknya, pelakon drama rantaian Andainya Takdir itu berkongsi keadaan tangannya yang dipenuhi bintik-bintik merah.
Nina dan suaminya, penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah berkahwin pada April lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Difahamkan Nina mula mengenali suaminya yang juga seorang penolong pengarah ketika bekerjasama dalam drama Setelah Cinta itu Pergi, arahan Heykal Hanafiah.
Must-Watch Video