Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

Ruangan Komen Dibanjiri Salam Takziah, Warganet Sepakat Sokong Perniagaan Balu Mangsa Pemandu Mabuk

Zulaikha Yusof 02/06/2020 | 10:45 MYT
Selain isu pandemik Covid-19 mendapat tumpuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes pemandu mabuk yang mengakibatkan orang tidak bersalah terbunuh turut menjadi bualan ramai.
Semalam, Malaysia dikejutkan dengan kejadian menyayat hati apabila seorang penunggang motosikal, Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed terbunuh selepas dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk.
Mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang daripada menghantar makanan yang dijual isterinya, Zahlawati Zahlan.
Tragedi ini mendapat perhatian ramai sehinggakan 'trending' di laman Twitter malah Instagram (IG) perniagaan milik Zahlawati iaitu Watiekitchen katering turut mendapat perhatian.
Kali terakhir memuat naik sekeping iklan perkhidmatan katering dua hari yang lalu, warganet mula membanjiri ruangan komen.
Rata-rata warga Malaysia menyampaikan salam takziah kepada balu dan ahli keluarga mangsa di samping meluahkan rasa simpati dengan dugaan yang menimpa.
Malah, ada yang menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban dan sepakat untuk membantu perniagaan yang diusahakan ini.
Penderitaan yang dialami balu itu turut mendapat perhatian penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Difahamkan, isteri arwah pernah menghantar makanan kepada Siti Nurhaliza pada bulan Ramadan lalu.
BACA: "Dia Pernah Hantar Makanan Pada Saya Ramadan Lalu" - Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, TokTi Luah Rasa Simpati Terhadap Balu Mangsa
#Perniagaan #Pemandu Mabuk #Balu
;