Pejam celik pejam celik, drama bersiri yang menampilkan pelbagai watak superhero keluaran DC Comics iaitu DC Legends of Tomorrow telah pun memasuki musim keenam.

Apa yang pasti musim terbaru ini menjanjikan kejutan dan aksi lebih hebat daripada sebelum ini.

Buat peminat DC khususnya siri superhero ini, perjalanan ‘The Legends’ diteruskan dengan misi baru untuk melindungi ‘timeline’ daripada diganggu.

Ketika Nate, cucu kepada anggota Komander Steel, mendapati dirinya mempunyai kekuatan, dia terpaksa mengatasi dan mencari ‘dunia superhero’ dalam dirinya.

Mampukah Nate menguasai kuasanya? Semua persoalan akan terjawab jika anda menonton DC Legends of Tomorrow S6.

Siri ini akan ditayangkan setiap hari Isnin jam 9 malam di Warner TV dan turut tersedia menerusi On Demand, Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

Jadi apa tunggu lagi geng DC semua!