Rugi Tak Tonton! Ini Sebab Mengapa Anda Wajib Layan Dapur Malaysia
Baru-baru ini pengacara popular Datuk Aznil Nawawi tampil menghiburkan peminat dengan celotehnya dalam program masakan terbaru Dapur Malaysia.
Ditayangkan di Go Shop, Dapur Malaysia bakal menggabungkan Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil bersama Raianna A. Rahman atau Rai.
Namun, jika anda tertanya-tanya apakah keunikan sebenar program masakan baru ini, Gempak senarikan antara sebab mengapa anda perlu tontonnya.
#1 Menu Lazat 1 Malaysia
Berbanding rancangan lain, Dapur Malaysia memfokuskan hidangan pelbagai bangsa di negara ini.
Selaras dengan tema merdeka yang dibawa, anda boleh lihat menu menarik daripada kaum Melayu, Cina, India dan banyak lagi.
#2 Setiap Minggu Akan Disertakan Dengan Pelbagai Promosi
Menurut Pak Nil, selain memasak, program ini turut menawarkan pelbagai promosi barangan dapur yang berbeza-beza setiap minggu.
“Harga ditawarkan khas untuk Dapur Malaysia, memang tak dapat di tempat lain.
“Selain itu dengan adanya saya, saya akan cuba dapatkan harga istimewa. Mampu milik semuanya,” katanya.
Jenis produknya juga ada yang eksklusif saja di Dapur Malaysia tiada di pasaran lain.
#3 Layan Celoteh Pak Nil
Menurut Rai, faktor utama penonton perlu layan Dapur Merdeka adalah Pak Nil.
Menurutnya, penonton berpeluang melihat aksi, celoteh, gelagat mengendalilan program masakan ini.
“Memang meriah dan rugi kalau tak tonton,” katanya.
Pogram terbaru itu mula bersiaran setiap Khamis jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Anda boleh saksikan Dapur Malaysia di saluran 118 (Go Shop Ruuma) dan 124 (Astro Ria HD)