Hiburan

Ruhainies Suka Belanja Orang Makan

gempak
Umirah Halim
02/06/2024
03:00 MYT
Sponsor Banner
Ruhainies Suka Belanja Orang Makan
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktres sensasi, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.

Ruhainies suka belanja

Terbaharu, seorang individu mendedahkan bahawa aktres berusia 31 tahun itu gemar untuk mengeluarkan duit untuk membayar makanannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instragram yang menggunakan nama @imasadirna, dapat dilihat video yang telah diulang siar (repost) mengenai ganjaran yang diterima seseorang sekiranya belanja orang makan.
Menurut individu tersebut, Ruhainies dan kakaknya, Risteena sentiasa berlumba untuk mengeluarkan duit bagi membayar makanannya.
“Kalau keluar makan dgn @nur risteena &

@ruhainies7, dua-dua sibuk nak belanja. Sampai tak sempat la kita nak keluar duit diorang dah bayar dulu,” tulis individu terbabit.

Hantaran di Instagram Story tersebut turut menerima respons Ruhainies dan telah diulang siar semula.
“Rezeki dari Allah,” tulisnya ringkas.
Sebelum itu, Ruhainies berkongsi mengenai beberapa perkara yang perlu menjadi privasi individu dalam Islam daripada sebuah akaun perkongsian Islamik.
Katanya, seseorang itu tidak perlu berkongsi soal dosa, dosa orang lain, isu keluarga, isu rumah tangga, amal ibadah, pendapatan, perancangan, amanah, pencapaian dan kesusahan diri.
Terdahulu, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Tidak terhenti di situ, kemelut antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut turut mendedahkan beberapa tangkapan skin layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Bella.
Tidak lama kemudian, Ruhainies menerusi muat naik di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella dan ingin menamatkan sengketa antara mereka.
Selepas itu, Aliff pula muncul dalam sebuah podcast The Common Folks SG dengan menceritakan kronologi yang berlaku membabitkan beberapa pihak termasuk Bella, Sarah Yasmine dan Muaz Zabir.

Berita Trending: Ruhainies Bakal Dedah Sesuatu?

Berita Trending: Blacklist Nama Ruhainies, A Aida Masih Jaga Ukhuwah Sebagai Kawan - "Bila Jumpa Boleh Salam, Peluk, Cium"
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live