,
Laman Utama

Rumah Allahyarham Sudirman Membesar Kini Terbiar, Dipenuhi Belukar & Semak Samun

Gempak
20/06/2022
23:27 MYT
Rumah penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kampung Tok Embun dekat Mentakab, Pahang didakwa terbiar.
Keadaan terkini rumah penghibur terkenal itu selepas terbabit dalam kebakaran pada 2008 tular sekali gus mengejutkan netizen.
Menurut laporan Sinar Harian yang membuat tinjauan dilokasi kediaman Allahyarham Sudirman membesar itu mendapati rumah tersebut hanya tinggal beberapa struktur batu antaranya tangga.
Seorang lelaki yang tinggal berhampiran dengan rumah tersebut yang juga merupakan jiran kepada penyanyi itu, Mohamad Aliff Fikram Bahari, 31, berkata, keadaan rumah Allahyarham Sudirman kini dipenuhi belukar dan semak-samun menyebabkan tiada ramai orang yang tahu lokasi rumah tersebut.
“Berkemungkinan orang ramai tidak berani masuk ke kawasan kediaman itu kerana keadaan semak-samun tersebut.
"Sebelum terlibat kebakaran pada 2008, rumah tersebut masih boleh dilihat," katanya.
Menurut Aliff lagi, dia baru berusia setahun ketika itu penyanyi tersohor itu meninggal dunia pada 22 Februari 1992.
"Ada pelajar universiti pernah datang ke sini (rumah Sudirman) untuk buat kajian ilmiah. Saya berpandangan, mungkin kira-kira dua tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tok Embun, Rahman Omar berkata, perancangan membaik pulih rumah itu pernah dibangkitkan bersama beberapa pihak namun tidak dapat diteruskan.
"Saya sendiri terkilan kerana usaha membaik pulih bagi mewujudkan satu monumen khas untuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad terhenti sekerat jalan," katanya.
Tambah Rahman lagi, usaha itu dibangkitkan lebih 15 tahun lalu kerana rumah berkenaan boleh menjadi tarikan peminat Allahyarham Sudirman di seluruh negara.
“Allahyarham adalah ikon terkenal dan kebanggaan negara dan Pahang khususnya. Jadi, memang patut ada monumen seperti Rumah P Ramlee.
“Bagaimanapun usaha membaik pulih rumah itu perlu mendapat kebenaran daripada keluarga Allahyarham Sudirman," katanya.
Allahyarham Sudirman mengharumkan nama negara sepanjang kariernya sebagai penyanyi.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kakak Sudirman, Ibu Atai Meninggal Dunia

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

gempak
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Viral

Didakwa Tiru Logo Elephant Army, Kieda Crepe Akui Kesilapan, Pulangkan Semula Duit Pembeli - “Aku Tak Pernah Berniaga Curi..”

gempak
23/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh Kieda Crepe tampil bersuara selepas kecoh isu plagiat rekaan logo kelab Ultras Pahang yang membabitkan perniagaan baju merchandisenya.
Viral

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

gempak
21/07/2024
01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.