Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Rumah Cik B Di Sepanyol Ada Lima Bilik Cecah RM5,000 Sehari, Netizen Pula Cakap Ada Vibes Seram! Vida Perjelas: “Dah Solat Hajat, Ngaji…”

Khairil Khusyairi
19/10/2024 20:50 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mencuri tumpuan apabila berkongsi kediaman yang didiami oleh anak perempuannya, Cik B di Barcelona, Sepanyol.

Dream House Cik B

Menerusi perkongsian di TikTok, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, membuat 'house tour' di kediaman tersebut turut ditemani anak lelakinya, Kacak.

Dalam video tersebut, Cik B yang bakal mengikuti pengajian di sana itu meluahkan rasa teruja dengan kediaman tersebut.

“Cik B suka rumah ni. Its my dream house,” ujar Cik B teruja.

Cecah RM5k Sehari

Namun, apa yang menjadi perhatian, pelantun lagi I Am Me itu mendedahkan kadar sewa rumah tersebut adalah sebanyak RM5,000 sehari.

Lebih menarik, Cik B juga kelihatan terkejut apabila mendapat tahu kadar sewa apartment yang mempunyai lima bilik tidur itu.

“Alhamdulillah mujur Cik B suka.

“Saya nak Cik B belajar bahasa Sepanyol dan ada vibes-vibes baharu.

“Bilik ini harga dia RM5,000 sehari, dan duduk selama tiga bulan,” kongsi Vida.

Ada Vibes Seram

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dengan mengatakan rumah tersebut agak seram kerana rekaan dalaman berkonsepkan klasik.

Malah, ada juga yang menegur agar patung-patung keagamaan dalam rumah tersebut disimpan.

“This is too classic and old vibes. Malam seram wey i cannot. Homesick,” tulis netizen.

“Cik B kne baca Yaasin, pendinding takut lah rumah besar gitu duk sorang,” komen netizen lain.

“Saya sorang je ke nampk patung buddha tepi dinding tu? Nanti Cik B letak la dalam kotak ya simpan kat stor ke,” pesan netizen lagi.

Menjelaskan kepada semua, Vida memaklumkan mereka sudah pun membuat solat hajat dan membaca ayat suci Al Quran di rumah tersebut.

“Dah solat hajat. Ngaji berjemaah semua,” balas Vida di ruangan komen.

undefined
#Barcelona #Vida #Sepanyol #Cik B #Rumah #Sewa #House Tour
;