Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Rumah Di Sana Pun Dah Dua Tahun Tak Jenguk” - Baby Shima Sambung Kerjaya Di Indonesia

Mya Amri
07/05/2022 12:00 MYT
Dek kerana kesibukan kerja, penyanyi Baby Shima mengambil cuti selama seminggu untuk beraya.

Kata Shima, selepas itu dia akan terbang ke Jakarta untuk menyambung kerja ya g tertangguh selain melawat rumahnya di sana.

“Alhamdulillah kali ini kita dapat meraikan raya bersama. Saya hanya mengambil cuti seminggu sahaja disebabkan jadual yang padat.

“Selepas beraya di Johor saya akan berangkat pula ke Indonesia untuk menyambung kerja-kerja yang tertangguh.

“Selain itu saya juga mahu jenguk keadaan rumah saya di sana, sudah dua tahun ditinggalkan sejak pandemik, harap-harap semuanya okay,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai kerjaya, Shima berharap single rayanya berjudul pulang dapat diterima pendengar.

“Lagu itu sangat best dan tiada apa yang saya harapkan selain dapat diterima pendengar.

“Kalau tanya saya, ya betul saya yakin anda pasti akan suka dengan lagu Pulang,” ujarnya.

Lagu Pulang merupakan ciptaan komposer terkenal, Ezra Kong.

#Indonesia #Baby Shima #Rumah #Kerjaya
;